PANDUAN SOLAT SUNAT
CARA NABI S.A.W.
|
SOLAT DHUHA
Dhuha menurut
ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika
matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat
sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.
v HUKUM
SOLAT DHUHA
Pandangan para ulamak tentang
hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:
1. Sunat
secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2. Sunat
namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3. Tidak
disunatkan.
4. Ianya
disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal
mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat
tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.
Pendapat yang paling tepat serta
dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal
sunatmu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini
adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamselalu
mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda
pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu
Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ
كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi
wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku
tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah),
mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum
tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.
Walaupun wasiat ini ditujukan
kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya
terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat
tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga
pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh,
dia berkata:
أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ
كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku
tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah),
mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum mengerjakan solat
Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa,
no: 722.
v KEUTAMAAN
MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
q Ianya
Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu
mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada AllahSubhanahu
wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang
dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’
anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda
bersabda:
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ
أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ
وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ
وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ
الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ
وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ
يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.
Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota
tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi
hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid
(Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah
sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat
baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh
diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul
Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
q Allah
Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu
wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang
siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar
Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza
Wa Jalla berfirman:
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ
أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.
Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau
sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang
(waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir
siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud
dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
q Mendapat
Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah
lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan
solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat
pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’
anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ
ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ
لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat
Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk
berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat
(Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan
umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna,
Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam
al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
q Ia
Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat
untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam
bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar
menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan
solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ
الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang
taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul
Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
v TATACARA
PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA
q Waktu
Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah
sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang
diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau
untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum
matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk
waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit).
Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:
Jika
demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat
pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.
Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari
panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan
solat Dhuha:
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي
جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ
لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat
Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk
berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat
(Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi
dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ
تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang
taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul
Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.
q Jumlah
Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal
adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang
tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan
solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat.
Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan
sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.
Daripada Anas bin Malik
radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah
mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat –
Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab
Sholat al-Dhuha, no: 273.
أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ
إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ
فَتْحِ مَكَّةَ
فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ
رَكَعَاتٍ.
Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata:
Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah
memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan
menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha
sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.
Di dalam Fathul Baari al-Hafidz
Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti
dibawah:
وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ
حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ
لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,
وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ
اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,
وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ
مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ
بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ
Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani
daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha
dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat
Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat,
barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu,
barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli
Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan
untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari,
jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no:
1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin
Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan
oleh Ibnu al-Madini namun dinilaitsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan
Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun
diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya
sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis inidha’if. Wallahu’alam.
Berkaitan dengan dalil yang
menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan
yang tertentu adalah:
مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ
عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:
كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟
قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ
مَا شَاءَ.
Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata:
Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat
rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. -
Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.
q Ringkasan
Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam
hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah
al-Fatihah
5) Membaca Surah
al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua
sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat
pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke
kanan dan ke kiri
|
Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi
anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang
menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz
tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara
yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:
أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى
وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam
pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan
sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan
solat Dhuha dan tidak tidur sebelum mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul
Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.
v KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
q Ianya Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi
setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi
menunjukkan ketaatan kita kepada AllahSubhanahu wa Ta’ala. Justeru itu
solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan
tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’
anh, daripada Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam, baginda bersabda:
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ
تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ
وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ
بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ
وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.
Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh
salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari.
Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah)
adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap
takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah,
dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua
rakaat solat Dhuha. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya,
Kitab Sholaatul
Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
q Allah Memberi Rezeki Yang Cukup
Sepanjang Siang Hari
Bagi
mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan
seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya
pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي
أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.
Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai
tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu
Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
q Mendapat Pahala Sebagaimana
Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi
mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam
masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia
mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ
حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara
berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada
Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua
rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia
berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang
Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no:
535.
q Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk
orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada
Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam keluar
menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat)
dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya,
Kitab Sholaatul
Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
v TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA
q Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu
untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik
iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh
(12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya
setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika
tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati
laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:
Jika demikian, waktu solat
Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari
(pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.
Namun
demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian
adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:
Daripada
Anas radhiallahu’ anh, dia
berkata: Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ
حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara
berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada
Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua
rakaat…– Hadis
riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya,
Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
Sabda
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam:
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat)
dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya,
Kitab Sholaatul
Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.
q Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah
rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan
ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini
penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat
rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan
dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.
Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh
bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha
sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam
kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.
أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ
فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.
Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada
masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah
memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan
menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha
sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
al-Tahajjud, no: 1176.
Di dalam Fathul Baari
al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat
seperti dibawah:
وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ
مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ
لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,
وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا
كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,
وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا
كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ
بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ
Maksudnya:
Dalam riwayat
al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa
solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai,
barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang
bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada
hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan
ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan
untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul
Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih
al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para
ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini
telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilaitsiqah pula
oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini
lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar
hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis inidha’if. Wallahu’alam.
Berkaitan dengan dalil
yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada
batasan yang tertentu adalah:
مُعَاذَةُ أَنَّهَا
سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:
كَمْ كَانَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟
قَالَتْ: أَرْبَعَ
رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.
Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia
berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak
empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.
q Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha
Rakaat Pertama
1) Berniat
di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca
surah al-Fatihah
5) Membaca
Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk
antara dua sujud
10) Sujud
kali kedua
11) Bangun
untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang
seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk
untuk tahiyyat akhir
3) Memberi
salam ke kanan dan ke kiri
No comments:
Post a Comment