Saturday 19 January 2013
Friday 18 January 2013
PENDAHULUAN
Di dalam hadis-hadis Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam solat sunat dikenali sebagai
Sholat al-Tathawwu’ (صَلاَةُ
التَّطَوُّعِ).
Al-Tathawwu’ secara bahasa bermaksud melakukan ketaatan. Dari
segi syari’at pula ia bermaksud ketaatan yang tidak wajib berupa
solat, sedekah, puasa, haji jihad dan sebagainya. Adapun yang
dimaksudkan dengan Sholat al-Tathawwu’ adalah solat-solat
yang tidak wajib. - Rujuk
kitab ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam bertajuk Taudhih al-Ahkam
min Bulugh al-Maram, jilid 2, ms. 379.
Menurut Syaikh Sa’id al-Qahtani:
Secara bahasa, tathawwu’
bererti tambahan atau kelebihan. Setiap orang mengerjakan kebaikan
yang bersifat tambahan disebut mutathawwi’
(مُتَطَوُّعِ).
Tathawwu’
juga boleh diertikan sesuatu yang dikerjakan secara sukarela. Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
فَمَنْ
تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ
Maksudnya:
Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah)
lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan
baginya… - al-Baqarah (2) :
184
Ibadah
tathawwu’ adalah semua ibadah yang dikerjakan seorang Muslim
secara sukarela, murni berdasarkan kemahuannya dan bukan merupakan
ibadah yang diwajibkan ke atasnya. – rujuk Sholaatul Mu’min karya
Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani (edisi terjemahan dengan tajuk
Tuntunan Solat Sunnah, Irsyad Baitus Salam, Jakarta 2005), ms.
17.
Oleh itu setiap jenis solat yang
disyari’atkan dalam I
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap
sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah
hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah
meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut
melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah
SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari
tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah
SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara
kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali
bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil
adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah
sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu
semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR
Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah
ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12
rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas
mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu
sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
slam sebagai tambahan di atas solat
fardu yang lima waktu ianya termasuk dalam kategori solat-solat sunat (صَلَوَاتُ
التَّطَوُّعِ)
Kelebihan Sembahyang Dhuha
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a.
bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah
untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat
Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita
mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi
jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap
hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan
dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak
hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam
riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah
berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku
tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak
meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan
berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan
Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah
SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah
atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu
sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan
cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat
Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha
itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya
: “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang
Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti
buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik
Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa
yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah
baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari
naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir
tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama
seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut
sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang
membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat
rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad,
Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi
SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha
sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada
mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat
ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang
menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut,
barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada
orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak
dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak
ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada
hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada
hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa
mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani )
Subscribe to:
Posts (Atom)